Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

5 Teknik Utama Meneran Agar Mudah Melahirkan Anak


Ramai ibu-ibu yang tidak bersedia dengan ilmu dan apabila tiba waktunya tersalah konsep dan ada yang tidak pandai meneran.

Ketahui 5 perkara yang kita mesti "jangan" dan "mesti" lakukan ketika meneran.





1. Jangan panik!
Pertama sekali kita perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sakit kontraksi berlaku. Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)

2. Jangan menangis!
Menangis ketika proses meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.

3. Jangan Menjerit
Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.

4. Jangan angkat Bontot
Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.

5. Jangan pejam mata
kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.



Nasriah Abdullah | +6016-817 8716 | The Founder Of Cahaya Nur Adhwa
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia




Monday, 17 August 2015

Posisi Dan Cara Meneran Yang Tepat


Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasi cara meneran yang baik dan betul.

Nervous hari makin dekat dengan tarikh jangkaan kelahiran bayi. Pertama kali atau kali keberapa pun mesti ada rasa sedikit gementar hendak melahirkan bagi.



Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan. 

Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta uols untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya uols dapat melihat perut uols.

Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran 'di leher' dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang2 disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher. 


Tips tambahan untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan boleh baca di sini ya 7 Cara Meneran Semasa Bersalin






Nasriah Abdullah | +6016-817 8716 | The Founder Of Cahaya Nur Adhwa
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia


7 Cara Meneran Semasa Bersalin

Petang ni saya terpanggil untuk berkongsi  tips meneran semasa bersalin.  Almaklumlah, tetiba teringakan pengalaman pertama enam tahun lalu sewaktu nak bersalin anak sulung. Sepanjang tempoh kehamilan tak pernah pula saya google sana sini cari tahu maklumat nak meneran sebab dalam hati, 'alah nurse (bidan) dan doktor akan ajar juga masa kat bilik bersalin nanti'.  

Alhamdulillah, Betul! Bertuah sangat masa tu kerana bidan yang jaga masa saya nak bersalin sangat penyabar dan sedia berkongsi tips dan ilmu meneran supaya luka tak besar di bahagian vagina. Mulut tak pernah kering sebut tips yang sama.

Jom amalkan tips yang diberikan oleh nurse (bidan) yang baik hati tu. Maaf, tak ingat da nama bidan tu. Antara tipsnya ialah:-

1.      Angkat kepala dagu cecah dada.
2.      Mata pandang perut
3.      Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4.      Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu kurang tenaga dan tak kuat
5.      Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6.      Tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...
7.      Baca bismilah dan selawat

Tips tambahan;-

Kongsila tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan ibu-ibu sekalian. Mungkin masa tu ibu-ibu akan terlupa dek menahan sakit. Bila suami dah tahu senang la dia memberi panduan nanti.

Dan jangan lupa amalkan membaca 'Doa Mudah bersalin' ni. 



Pengalaman ibu-ibu pula bagaimana? Jom berkongsi pengalaman kita bersama...







Nasriah Abdullah | +6016-817 8716 | The Founder Of Cahaya Nur Adhwa
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia

Appointment

Copyright to Cahaya Nur Adhwa
Designed by UMIESUEstudio 2015