Ramai ibu-ibu yang tidak bersedia dengan ilmu dan apabila tiba waktunya
tersalah konsep dan ada yang tidak pandai meneran.
Ketahui 5 perkara yang kita mesti "jangan" dan "mesti"
lakukan ketika meneran.
1. Jangan panik!
Pertama sekali kita
perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sakit kontraksi berlaku.
Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam
melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali
kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut
melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)
2. Jangan menangis!
Menangis ketika proses
meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin
terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan
stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini
sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah
bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.
3. Jangan Menjerit
Ramai yang menjerit
ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya
salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang
sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa
bersuara.
4. Jangan angkat
Bontot
Kesakitan yang dialami
ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam
proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku
koyakan besar pada kawasan perinium.
5. Jangan pejam mata
kita menggunakan
tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi
jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271
Pengedar
Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment