Petang
ni saya terpanggil untuk berkongsi tips
meneran semasa bersalin. Almaklumlah,
tetiba teringakan pengalaman pertama enam tahun lalu sewaktu nak bersalin anak
sulung. Sepanjang tempoh kehamilan tak pernah pula saya google sana sini cari
tahu maklumat nak meneran sebab dalam hati, 'alah nurse (bidan) dan doktor akan ajar juga masa kat
bilik bersalin nanti'.
Alhamdulillah,
Betul! Bertuah sangat masa tu kerana bidan yang jaga masa saya nak bersalin
sangat penyabar dan sedia berkongsi tips dan ilmu meneran supaya luka tak besar
di bahagian vagina. Mulut tak pernah kering sebut tips yang sama.
Jom
amalkan tips yang diberikan oleh nurse (bidan) yang baik hati tu. Maaf, tak
ingat da nama bidan tu. Antara tipsnya ialah:-
1.
Angkat kepala dagu
cecah dada.
2.
Mata pandang perut
3.
Tangan pegang
(bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4.
Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini
akan membuatkan ibu kurang tenaga dan tak kuat
5.
Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan
mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6.
Tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar
tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas
then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time
tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2
td..xde kontraksi,relax...
7.
Baca bismilah dan selawat
Tips tambahan;-
Kongsila tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan ibu-ibu
sekalian. Mungkin masa tu ibu-ibu akan terlupa dek menahan sakit. Bila suami
dah tahu senang la dia memberi panduan nanti.
Dan jangan lupa amalkan membaca 'Doa
Mudah bersalin' ni.
Pengalaman
ibu-ibu pula bagaimana? Jom berkongsi pengalaman kita bersama...
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271
Pengedar
Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment