Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil
adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika
proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang
bersalin menguasi cara meneran yang baik dan betul.
Nervous hari makin dekat dengan tarikh jangkaan kelahiran
bayi. Pertama kali atau kali keberapa pun mesti ada rasa sedikit gementar
hendak melahirkan bagi.
Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika
kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur)
mula terbuka sewaktu kontraksi.
Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan
memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat
dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan.
Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor
akan meminta uols untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut
tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada
di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya uols
dapat melihat perut uols.
Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran.
Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan
berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan
proses bersalin selanjutnya.
Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran 'di leher' dan
bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang2 disertai
dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat
teranan di bahagian leher.
Tips tambahan untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan boleh baca di sini ya 7 Cara Meneran Semasa Bersalin
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271
Pengedar
Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment